BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG YANG POSITIF

05:32


Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi seorang yang positif, lebih-lebih lagi ketika tidak puas hati, tidak gembira mahupun didalam situasi sukar? Bagi sesetengah orang sangat sukar untuk menjadi positif walaupun semua masih berjalan lancar bagi mereka.
Sebenarnya ianya mudah, kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk menjadi positif. Mereka lebih cenderung untuk setiasa kearah negative kerana semuanya datang dari pemikiran mereka. Banyak yang boleh kita buat dengan mengubah sikap dan minda kita.
Jika anda risaukan dan memikirkan benda yang sama siang dan malam, mungkin atau lama kelamaan ia akan menjelma didalam dunia anda,betukar menjadi realiti. Ini bermakna jika anda mahu apa yang anda mahu jadi, anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda fikir. Anda perlu mula berfikir secara positif.
Fikiran anda menjadikannya nyata.
Mengubah sikap serta sangkaan,lama kelamaan ia akan mengubah hidup anda dengan lebih baik dan bermakna.
Minda anda yang membuat jenis kehidupan yang anda jalani sekarang. Jika anda berfikiran positif, ia akan membuat kehidupan anda dengan lebih baik. Segalanya bermula dari dalam, melalui perbuatan yang ringkas, kepada pencapaian yang terbaik.
Kalau anda tidak gembira dan negatif, anda boleh ubah cara anda rasa atau berfikir.

Dengan sedikit usaha anda boleh mengubah sikap, sangkaan, perbuatan dan reaksi, dan ini akan menuju kearah lebih bermotivasi, kebahagiaan dan membuatkan kehidupan kita menjadi lebih baik.



  • Gantikan negatif dengan yang positif. Gantikan kelemahan dengan kekuatan, gantikan kekurangan dengan kelebihan atau apa saja yang membuatkan anda sering risau. Sentiasa gantikannya dengan benda yang lebih positif.
  • Fokuskan kepada apa yang anda ingin, bukan yang anda tak nak.
  • Fokuskan diminda anda pada apa yang anda telah ada atau yang telah anda capai dan buatkannya menjadi lebih baik lagi.
  • Jangan isikan fikiran anda dengan kekurangan yang anda rasa ada pada diri anda. Yakin bahawa anda juga mempunyai kelebihan anda tersendiri. Serlahkannya.
  • Fikirkan apa yang anda mahu, bayangkan dengan jelas, biarkan seketika dan fokuskannya untuk jadikan ia terjadi didunia nyata.
  • Sentiasa katakan yang anda boleh, mampu, mampu lakukan.
  • Sentiasa lihat kepada sudut yang baik, setiap yang terjadi ada sebabnya biarpun didalam situasi sukar bagi anda untuk terima.
  • Sentiasa diikuti dengan tindakan yang positif, tidak cukup dengan hanya berfikir positif. Anda juga kena lakukan sesuatu untuk buatkan ia terjadi.
  • Berhati-hati dengan siapa bersama anda, pilihlah untuk bersama dengan orang yang positif.
  • Jadikan orang yang berjaya sebagai inspirasi atau ‘ IDOL ‘ anda.


Sentiasa berfikiran positif dan kita boleh dapat apa yang kita inginkan tanpa rasa tekanan. Mulakan sekarang, semua orang berhak untuk gembira di atas dunia ini. Tidak berdasarkan atas apa yang kita ada atau status.

Adyshah

You Might Also Like

0 comments