APA YANG TAK PATUT DILAKUKAN SELEPAS DAPAT PATAH HATI

16:01



Kita manusia tak akan pernah terlepas dari kekecewaan,ini dikatakan lumrah hidup malah saya juga tak pernah terlepas dari benda ini tapi apa kita patut buat dengannya? Berkurung dalam bilik,menjadi murung? Tak,tak,tak,dan jangan. Itulah yang saya sering lakukan setiap kali ‘frust’ dan lama-lama kelamaan saya mula sedar,didalam tempoh itu banyak yang saya dah terlepas,banyak kerugian dari segi masa ataupun peluang. Ini bukan pengakhiran hidup dan dalam dunia ni masih banyak untuk diterokai. Senang kata ini adalah salah satu proses dalam kehidupan untuk menjadi lebih matang dan ‘more positive'. Patah hati, korang sedang patah hati?


PERKARA YANG MEMBURUKAN KEADAAN

Pada saat-saat kekecewaan yang dialami apa yang kita buat kadang-kadang memburukan lagi emosi kita, meremukan lagi hati, seperti sebaldi air dilemparkan ke muka dengan kelajuan Bugatti VERON. Salah satu puncanya adalah ‘MUSIC’ yang kita selalu dengar. Stop! Mendengar music yang beremosi,cinta,sedih,jiwang atau apa saja yang berkaitan dengan kisah lampau korang atau emosi yang korang rasakan sekarang. Hentikan dari mendengar lagu jenis begini buat seketika yang memang berpotensi untuk merebahkan,menggugurkan,melucutkan jantung serta jawatan.Tumpukan kepada lagu atau music yang positif,gembira,lebih bersemangat,inspirasi,energetic yang menceritakan tentang kegembiraan ( bukan gembira kerana cinta ), mungkin lagu tentang kehidupan, yang tak berkaitkan dengan ‘KEKECEWAAN DALAM PERCINTAAN’. Seperti saya,saya lebih cenderung untuk mendengar genre ‘Electronic Music’ ketika mengalami kekecewaan seperti ini.


LAWAK JENAKA UBAT TERBAIK UNTUK CERIA

Jangan menonton drama atau filem yang berkaitan dengan emosi yang korang rasakan sekarang. Tonton video,vine,rancangan atau filem yang kelakar. YouTube memang banyak benda-benda macam ini yang boleh mengembalikan senyuman korang yang manis itu. Saya juga menggunakan cara ini.


JANGAN LUANGKAN MASA DENGAN BERSENDIRIRAN

Apabila korang bersendirian,ini akan membuatkan korang sentiasa berfikir dan emosi akan bercampur baur dengan segala perasaan negatif salah satu punca sesuatu keputusan yang tak rasional dibuat. Sibukan diri,mungkin sebelum ini anda tak dapat meluangkan masa dengan hobi atau rakan baik korang kerana mungkin sebelum ni terlalu fokus dengan ‘ehemmm’ (taknak mention). Luangkan masa dengan hobi korang,bermain music,melukis,memasak,bermain permainan video,menonton sarkas,apa saja yang anda suka dan tak berpeluang untuk melakukannya. So,inilah masanya! Anda juga boleh lakukan aktiviti luar dengan rakan baik korang bersama,mungkin memancing,shopping,cinema,makan makanan yang sedap,ke pantai mungkin? ’ Just do it !’ It will cheer you up.


BERSENAM

Jika yang tak pernah bersenam tu,mungkin korang boleh mulakan sekarang,mungkin 15-30 minit sehari. Dengan bersenam anda boleh menjadi positif dan lebih tenang. Ini kerana apabila kita bersenam otak kita akan merembeskan hormon yang dikenali sebagai 'NEUROTRANSMITTER' yang mana mempengaruhi perasaan dan emosi. Dengan kestabilan emosi membolehkan korang berfikiran lebih rasional serta membuat sesuatu tindakan dengan lebih baik. Lebih baik keluarkan peluh daripada keluarkan air mata.

You Might Also Like

0 comments